.

Jom jadi Member Pokwe

KEKEJAMAN ISRAEL (Siapa PENGGANAS!!)

Israel merupakan Negara yang paling kejam di dunia. Ia sudah diakui sendiri oleh masyarakat seluruh dunia tanpa mengira kaum, budaya, agama dan termasuk juga kaumnya sendiri (Yahudi) di luar Israel.

Peristiwa terbaru (pada 6 Jun 2010) yang dilakukan Israel tanpa memperdulikan kutukan dunia iaitu menembak mati dua orang rakyat palestin. Ia dilakukan untuk mengalih pandangan dunia terhadap kekejaman yang dilakukan ketika menyerang kapal aktivis keamanan baru-baru ini yang meragut 20 nyawa.

Sebenarnya, siapa PENGGANAS!!!!!

Perjuang-pejuang HAMAS berjuang bermati-matian untuk membebaskan rakyat palestin daripada kekejaman rejim Israel Laknattullah…. Tanah Dirampas, Rumah Diroboh, Ekonomi disekat, Bantuan Dihalang, Negara Dikawal, Masjid Al-aqsa diceroboh. Butakah mata masyarakat dunia????

Dimanakah masyarakat dunia Islam lain ketika rakyat palestin terseksa memerlukan pertolongan????? Dimanakah semangat persaudaraan seagama ketika darah rakyat palestin terus mengalir???

Bodohnya Mesir…kerana pentingkan dunia, kerana takut diserang Israel, kerana pentingkan politiknya (HAMAS penyokong kuat Ikhwanul Muslimun iaitu pembangkang utama di Mesir), Mesir sanggup bersubahat dengan Rejim Yahudi untuk membunuh rakyat palestin dimana sempadan di rafah (Gaza) ditutup, penduduk palestin dihalang memasuki Mesir dan lain-lain lagi. Malah, Mesir juga sanggup menjalinkan hubungan diplomatic dengan Israel yang nyata kekejamannya terhadap penduduk palestin.

Bodohnya dunia dan PBB…. Negara Iran membina reactor Nuklear untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan rakyatnya terus dikecam sebagai Negara pengganas, ekonomi disekat, sedangkan Israel membina reactor Nuklear untuk membuat bom (kini dianggarkan Israel sudah memiliki beratus-ratus bom Nuklear) tidak dikecam. Malah, sekutunya Amerika Syarikat mempertahankan Israel. Malah, Paling menyedihkan, Negara Islam sendiri hanya berdiam diri. Dimana OIC??? Dimana Liga Arab??? Semua sepi… Walaupun kita berbeza fahaman, berbeza politik, berbeza kaum tetapi kita semua adalah bersaudara…Saudara Islam..

Siapa PBB??? Siapa Tubuh PBB??? Siapa Anggotai PBB?? Ape peranan PBB?? Sejauhmana bodohnya PBB??? Tunggu ulasan aku akan datang….



Ini adalah antara peristiwa-peristiwa yang menyentuh hati dan membuktikan Siapa PENGGANAS????


Disember 1947 Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

90 April 1948 dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.

15 September 1982- Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Bekas Perdana Menteri Israel.

dan banyak lagi kekejaman yang dilakukan sehinggalah konflik terbaru yang berlaku di palestin.


Salah satu peristiwa yang paling menghayat hati dan sangat kejam yang dilakukan oleh Rejim Yahudi ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,
''Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh.



Ya ALLAH…..Engkau Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui…. Aminn…..

Blog Friends Starz

Arkib berita hot!!!

Who am I

Memori Perkahwinan Sahabat

> Majlis Perkahwinan Faizal Ismail di Batu 6 (27 & 28 Mei 2011)

> Majlis Perkahwinan Amalina (Alin) di Kg. Sg. Tong (02/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Aisyah Jusoh di Kg. Telaga Batin, Kuala Trg (3/6/2011) vs Azuar di Kg. Chalok Kedai (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Zamhemrah (Zam) di Kg. Sungai Tong (4/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Bibah di Kg. Seri Kenangan, Pelong (4/6/2011) vs Alias (Liah Ting. 6) di Kg. Pak Kancil (6/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Hasnoriana Hashim (Ina Darjah 6) di Lorong Haji Wan Latif, Jerteh (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Siti (Darjah 6) di Taman sri Intan, Kg. Sg. Tong (7/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Tengku Insani (Pokku UTM) di Kg. Jeliar Base Camp,Jeli Klantan (09 JUN 2011)

> Majlis Perkahwinan Raihan Baharin(El 5si) di Kg. Gong Manok, Besut (09 JUN 2011)

visitor