.

Jom jadi Member Pokwe

PERMOHONAN KPLI DAN J-QAF (Ambilan 2011)

IKLAN PERMOHONAN


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG).


TAWARAN KURSUS(KPLI-SR)



1. Sekolah Kebangsaan (SK).

> Prasekolah

> Bahasa Tamil

> Bahasa Inggeris

> Bahasa Cina




KETERANGAN PROGRAM



Nama Program :KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa

Tempoh Pengajian:1(Satu) Tahun

Mod Kursus:Sepenuh Masa



Nama Program:KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah

Tempoh Pengajian:1(Satu) Tahun Dan 6(Enam) Bulan

Mod Kursus :Latihan Perguruan Berasakan Sekolah (LPBS)




SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS


* Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

* Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

* Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir pada atau selepas 31 Januari 1976.

* Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.

* Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

* Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan

* Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

* Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).




SYARAT TAMBAHAN

> Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.

> Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum

> Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi keutamaan.

> Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKC, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Cina di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan;
Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKT, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Tamil di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .

> Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.





CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON


> Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

> calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti(KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah(LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

> Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

> Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

>
Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.





TARIKH PERMOHONAN : BERMULA 11 OKTOBER 2010
NO. PIN : BOLEH DIBELI DI BSN (RM6.00)
BORANG PERMOHONAN : Klik Di sini


Semoga Berjaya semua... peace..... :)

SALAM AIDILFITRI

aKU UCAPKAN SELAMAT ARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada keluargaku, saudare maraku, sahabat karibku, keluarga sahabat karibku, rakan2 dan mereka yg mengenaliku di sekian alam..hee.



Ak harap, bulan Syawal ini memberi sejuta rahmat kepada kita semua. Semoga ukhwah yang kita bina selama ini menjadi semakin utuh dan kuat walau di makan zaman..hee. yang mane ade terase dengan tingkah laku aku atau sikap aku selama ini, sejuta keampunan ku pohon. Kepade mereka yg telah membuat niat utk braye rmh ak, sila la datang walau pun ak xundang kay...

Mandi Sungai Mandi Paya,
Selamat Ari Raya.......

Peace... :)

Bulan OGOS 2010 : Satu Dugaan @ Malang...

Ak sendiri xtahu knp...
Bermula awal bulan ogos hingga hujung bulan ogos, ak serba tidak kena. Aku buat itu salah, buat ini salah..ermmmmm.... Adakah ini Satu Dugaan ataupun nasib malang yang menimpa ak...????

Nie antara perkara yg berlaku kpd ak di bln nie..huhuu

1. Tersilap masuk jalan. (mase ni ak nk prg siasat permohonan surau. ak sdh thu lokasinya, tp entah mcm mane tiba2 ak tlupa arah jalannya. ak pusing2, tempat sma je..sudah rmai org ak tny,tp ak xdpt fhm ape yg mereka ckp.. Masyaallah...)

2. Tertukar solat. (mase ni ak nk smbhyg Isyak. entah mcm mane buleh silap ak solat subuh. Masyaallah...)

3. Peristiwa buruk menimpa keluarga ak. (Ia berlaku di awal ramadan.. Mmg berat ak dan kluarga ak nk trime.tp ia hakikat dan sudah terjadi..biarlah ia rahsia dan xmgkin ak buleh kgsi bersama shbt..)

4. Silap memberi idea. (mase ni rkn spejabat ak ade buat silap catatan rekod resit amil. entah mcm mane buleh kuar idea giler ak suruh cancel sume rekod buku resit dan buat yg baru sbb ak igt no siri setiap resit saling berkaitan. bygkan 1000 resit tu nk cancel...mulalah berlaku kelam kabut. sume amil yg dah abik resit, dipakse atar balik resit.yg xdpt nk atar, rakan spejabt ak pergi amik di rmh..ish2..kesian plak..sedangkn mslh ni kecik je.juz batalkn satu resit je..trus sentle mslh...ermmm.. Masyaallah...)

5. Silap baca peta, (mase ni ak kuar dgn rkn spejabt dgn van pejbt utk ke rmh pemohon yg memohon bantuan zakat. entah mcm mane ak blh buat silap. peta tu tunjukkan jln perlu belok ke kanan.tp ak suruh belok ke kiri sdgkan ak thu spatutnya kena belok ke kanan..mase ni ak xthu ape yg ak tgh pikir.. ermm.. masyaallah...)

6. Silap Agih Duit Raya. (mase ni, ak agih duit bulanan dan jg duit raya. tengah kusyuk bg duit, tiba2 ak tersilap agih. ak bg xcukup duit..kelam kabut dibuatnye. Masyaallah...)

7. Kehilangan duit. (wlaupun sumber duit yg masuk bln ni agak laju,tp ak terkilan jgk kehilangan duit.tmbhan dkt nk raya serta 2 insurans mtr ak perlukn ak jelaskn dlm bln ni. Tp, inilah hakikat jk xberhati2.. sumenya gara2 ak silap taip jumlh claim kerja. ade k patut, jmlh RM250 ak tulis RM100...rugi RM150..tp nsb baek bos n saing spejbt tlg backup..huhuu. Masyaallah..)

8. Boros. (biasenya ak bli ape yg ak nak mkn.entah mcm mane tiba2 di bazar ramadan kelmarin ak beli je ape yg ak tgk..byk jgk..tp sapai je rmh bru ak terpikir..huhuu Masyaallah...)

TERBARU: Ak kemalangan.... Kejadian ni berlaku masa ak on the way balik rumah slepas beli mknan utk berbuka. entah mane silap, tiba2 ad sbuah kreta menghadang ak drp depan. terus ak langgar...tersungkur ak kat tgh jalan...mcm dlm tv la plak.. nasib baek xteruk ak cdera, juz terseliuh kaki je...klu x, braya kat hospital la jwbnya... Mak n ayah ak xtahu lagi pkara ni.tp ak hrp mereka xthu, klu x mesti kecoh satu kg..sbb, manjoriti penduduk kg ak adalah waris ak gak..huhuu...xpsl2 ad rombongan mai besut....ermmm...nasib2....


Fikiran aku slalu bercelaru. Bila ak bersendirian, aku asyik termenung...kadang2 ak xtahu ape yang ak termenungkan.. Paling menakutkan ak, aku terlupa ape yg telah aku lakukan sblm ini. Kadang2, ak xblh ingt dkt mane brg ak letak sedangkan bru 5 minit masa berlalu.. yang lebih parah, kadang2 ak xboleh ingat ak sembahyang @ x.. Masyaallah.....




Semoga Allah S.W.T membuka pintu hatiku dan fikiranku supaya menjadi lebih tenang dan tenteram... Aminn....

KEKEJAMAN ISRAEL (Siapa PENGGANAS!!)

Israel merupakan Negara yang paling kejam di dunia. Ia sudah diakui sendiri oleh masyarakat seluruh dunia tanpa mengira kaum, budaya, agama dan termasuk juga kaumnya sendiri (Yahudi) di luar Israel.

Peristiwa terbaru (pada 6 Jun 2010) yang dilakukan Israel tanpa memperdulikan kutukan dunia iaitu menembak mati dua orang rakyat palestin. Ia dilakukan untuk mengalih pandangan dunia terhadap kekejaman yang dilakukan ketika menyerang kapal aktivis keamanan baru-baru ini yang meragut 20 nyawa.

Sebenarnya, siapa PENGGANAS!!!!!

Perjuang-pejuang HAMAS berjuang bermati-matian untuk membebaskan rakyat palestin daripada kekejaman rejim Israel Laknattullah…. Tanah Dirampas, Rumah Diroboh, Ekonomi disekat, Bantuan Dihalang, Negara Dikawal, Masjid Al-aqsa diceroboh. Butakah mata masyarakat dunia????

Dimanakah masyarakat dunia Islam lain ketika rakyat palestin terseksa memerlukan pertolongan????? Dimanakah semangat persaudaraan seagama ketika darah rakyat palestin terus mengalir???

Bodohnya Mesir…kerana pentingkan dunia, kerana takut diserang Israel, kerana pentingkan politiknya (HAMAS penyokong kuat Ikhwanul Muslimun iaitu pembangkang utama di Mesir), Mesir sanggup bersubahat dengan Rejim Yahudi untuk membunuh rakyat palestin dimana sempadan di rafah (Gaza) ditutup, penduduk palestin dihalang memasuki Mesir dan lain-lain lagi. Malah, Mesir juga sanggup menjalinkan hubungan diplomatic dengan Israel yang nyata kekejamannya terhadap penduduk palestin.

Bodohnya dunia dan PBB…. Negara Iran membina reactor Nuklear untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan rakyatnya terus dikecam sebagai Negara pengganas, ekonomi disekat, sedangkan Israel membina reactor Nuklear untuk membuat bom (kini dianggarkan Israel sudah memiliki beratus-ratus bom Nuklear) tidak dikecam. Malah, sekutunya Amerika Syarikat mempertahankan Israel. Malah, Paling menyedihkan, Negara Islam sendiri hanya berdiam diri. Dimana OIC??? Dimana Liga Arab??? Semua sepi… Walaupun kita berbeza fahaman, berbeza politik, berbeza kaum tetapi kita semua adalah bersaudara…Saudara Islam..

Siapa PBB??? Siapa Tubuh PBB??? Siapa Anggotai PBB?? Ape peranan PBB?? Sejauhmana bodohnya PBB??? Tunggu ulasan aku akan datang….



Ini adalah antara peristiwa-peristiwa yang menyentuh hati dan membuktikan Siapa PENGGANAS????


Disember 1947 Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

90 April 1948 dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.

15 September 1982- Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Bekas Perdana Menteri Israel.

dan banyak lagi kekejaman yang dilakukan sehinggalah konflik terbaru yang berlaku di palestin.


Salah satu peristiwa yang paling menghayat hati dan sangat kejam yang dilakukan oleh Rejim Yahudi ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,
''Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh.



Ya ALLAH…..Engkau Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui…. Aminn…..

SELAMAT HARI IBU & HARI GURU

SELAMAT HARI GURU....
Jutaan trime kasih cikgu kerna sudi memberikan cahaya untuk menerangi hatiku.. Jasamu cikgu xkan aku lupa smpai bila2.. Smoga Allah S.W.T merahmatimu sepanjang hidup... Maafkan ak seandai sepanjang Ilmu yg Cikgu curahkan, ade ak menyinggung perasaan Cikgu. Apepun, Trime kasih Cikgu..... :)


SELAMAT HARI IBU.....
Semoga ibuku di panjangkan umur dan dilimpahi rahmatNYA sepenuh masa dan selamanya... Spena hari ibu juga aku berdoa agar ibuku dapat menunaikan haji nanti dgn sempurnanya...Insyaallah...

Kpd semua ibu2 sahabatku terutamanya, ibu kpd zemie, ibu kpd peja, ibu kpd akim, ibu kpd yasin, ibu kpd pizi, ibu kpd sarul, aku ucapkan selamat ari ibu dan semoga dirimu sentiasa diberkati Allah S.W.T.... Trime kasih kerna sudi anggap diriku seperti anakmu jg..

peach.. Senyum Sokmo.... :)

AKU MAHU CUBA AZAM BARU

Aku masih ingat lagi nasihat guruku
"Cubalah berubah walaupun payah untuk berubah, sekurang-kurangnya hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini"....

Hari ini, aku telah berjaya mengurangkan ketagihanku bermain facebook. Mmg aku akui begitu sukar untuk aku lupakan dunia facebook, namun pelahan2 aku telah berjaya menghilangkan ketagihan aku nih..huhuhu. Insyaallah, mulai hari ini ak tidak akan bermain facebook lagi kerna ia membuatkan aku lupa pada tanggungjawab aku sebagai seorang pekerja.



Bagaimanapun, blog ak ini tetap aktif sampai bila2...hee

Kepada sahabat-sahabat, kenalan-kenalan, sesiapa sahaja yang mengenali diri aku sama ade dengan segaja atau tidak sengaja di dlm facebook, 10 jari ku susun pohon kemaafan sekiranya sepanjang perkenalan kita ada yang terasa atau terguris dengan sikap aku. Begitulah, kadang-kadang untuk membuatkan orang ketawa memang sukar berbanding untuk membuatkan orang menangis atau berkecik hati. :)

Kita adalah kawan selamanya sebab dalam prinsip hidup aku, sekali aku berkawan dialah kawan aku selamanya dan sekali aku benci seseorang kawan, keesokkannya dia tetap kawan aku kerna kita adalah kawan selamanya ...(poyo plak ayat ak..hee)


peach... Senyum Sokmo kay... :)

Salam ukhwah sahabatku…

Boring oh boring, ak sungguh rasa boring..bila la nak ilang boring kalu asyik je boring…huhuhuuu..



Skrg nie dah masuk mggu hujung dlm bln 4. kehidupan ak maseh xubah2.. Ape la nk jd dgn ak..ish2… ak sudah ketinggalan berbanding member2 ak. Nk wak mcm mane, rezki msg2..tp hakikat ak xpernah cuba nak brubah. Ckp kosong je byk..huhuhu. bab pasang impian tu, mmg menggunung…nk wak itu lah, ini lah, bla3..tp satu pun hampeh..tp ketahuilah, ak ckp gitu sbb ak nk ilangkn boring..huhuhu

Hujung mggu ni, ak cuti 3 ari (tmasuk cuti am smpena 1 mei)..Nak cuti 4 ari xleh la plak sbb ari isnin (3 mei) ad program Taklimat Zakat Raya. Kene tunjuk komitmen gak.. Spena cuti utk ilangkan keboringan ak nih, ak dah planning nak bawak kluarga ak naik kuantan. Nak gi maen air di Gambang Water Park plak…hahaa..sbb adik bongsu ak mmg suke giler gi situ..huhu.

Kepada member2 yg xdok planning nak wak gape hujung mggu nih, jom la kte gi Gambang Water Park.. kte pakat jupe di nung blake.. Ak naik kuantan ari sabtu (1 mei), tp gi Gambang Water Park ari Ahad (2 mei)… buleh ilangkn tension skit..huhuhu. Hidup Biar Heppy Sokmo kay…

Ingatlah pesananku utk renungan kite bersama….,

Ape yg kite lakukan ari ini boleh mengubah ape yg akan berlaku ari esok, tetapi ape yang kite lakukan ari esok, ia xkan dapat mengubah ape yg kite lakukan ari ini…


Peach……

Antara Keimanan, Dosa dan Nilai Sebuah Persahabatan

“orang yang hatinya bercahaya akan terpancarlah hikmah di lidahnya dan hikmah ini akan jatuh ke hati orang lain”


Suatu masa dulu, dirinya sering dicari oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Kreadibilitynya dalam kepimpinan juga menyemarakkan semangat jihad dalam jiwa sahabat seperjuangan tidak mampu ditandingi oleh orang lain. Kerna kebolehan dan anugerah ilahi itulah, dirinya sering dilantik untuk memimpin jemaah juga pengerusi dan ketua dalam sesuatu program.

Namun, entah mengapa. Sejak dia mula jatuh cinta dengan seorang perempuan, seolah-olah semua itu semakin pudar. Apa yang dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian perempuan tersebut. Hal ini terus berlaku tanpa disedari oleh sahabat seperjuangannya sehinggalah dia semakin hanyut dengan dunia cintanya.
Sehinggalah suatu ketika dia ditangkap sedang berkhalwat dengan kekasihnya tika berdua-duaan di dalam kereta di tempat parking kereta belakang supermarket.

Dirinya dikecam hebat oleh sahabat seperjuangannya. Berbagai kata-kata kurang enak didengari dihamburkan kepadanya seolah-olah dia itu penjenayah yang bakal dihukum gantung sampai mati.
Dan akhirnya, dia membuat keputusan untuk meletak jawatan yang diamanahkan kapadanya. Dalam hatinya berkata,“buat apa aku duduk dalam jemaah nie lagi kalau semua tidak beri peluang kepada aku untuk berubah dan menebus kesilapan lalu”. Ada sahabat seperjuangannya setuju dengan tindakannya kerna dia ibarat membawa fitnah kepada Islam. Namun, jauh di sudut hati seorang sahabat seperjuangannya ini iaitu Muhammad, tidak setuju.

Lama kelamaan, namanya tidak lagi disebut dan dirinya tidak lagi dicari oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Sejak dia mula meletak jawatan, kelibat bayang-bayangnya pun tidak terlihat dimana-mana majlis ilmu apatah lagi di Masjid dan surau.

Tetapi, Muhammad tetap setia dengannya. Selalu bertanya khabarnya, belanjanya makan dan tidak jemu-jemu mengajaknya untuk kembali ke jalan kebenaran seperti dulu. Tapi sayangnya, sedikit pun tidak dilayan olehnya.
Hatinya pernah terdetik untuk turut serta menerima ajakan Muhammad ke Masjid dan majlis-majlis ilmu tapi dirinya tidak sanggup untuk mendengar lagi sindiran kata yang bakal diterimanya seperti saat kegelapan itu. Dirinya terus hanyut dengan perhiasan duniawi.

Suatu hari tika sedang mengulang kaji dengan Muhammad, dia bertanya kepada sahabatnya itu. “Muhammad, kau tak jemu kawan dengan aku nie? Aku kan dah tak sama macam dulu…kau tu baik, aku nie jahat…”
Muhammad memandang sahabatnya dengan senyuman ikhlas seraya berkata,“akhie, akhie ini bukan sahaja sahabat ana tapi juga saudara seIslam ana. hatta akhie berzina sekali pun, ana tetap akan berkawan dengan akhie. Biarlah akhie layan ana dengan teruk sekali pun, ana tetap akan terima akhie sebagai sahabat ana dunia dan akhirat. Sejak dari dulu hingga kini, nilai persahabatan dan persaudaraan nie tak pernah luntur walau sedikit pun”

Muhammad pegang tangannya, “ana tidak sanggup untuk lihat akhie terus hanyut, tidak sanggup untuk melihat akhie terus menerus berbuat maksiat kepada Allah s.w.t….sekiranya akhie masuk neraka, ana akan terjun ke dalam neraka untuk tarik akhie keluar dari neraka dan sekiranya ana masuk syurga, ana nak kita masuk bersama”
Manik-manik jernih mengalir di pipinya saat mendengar bicara ikhlas Muhammad. “ana bersahabat dengan akhie ikhlas kerna Allah s.w.t. dan bukan kerna kehebatan akhie atau kekurangan akhie. Kerna itu, tidak ada sesuatu pun yang mampu memutuskan persahabatan nie”. Sambung Muhammad lagi.

“Akhie, ana benar-benar teringin untuk mendengar lagi mutiara tarbiyah dari mulut akhie sewaktu kita sama-sama dalam perjuangan da’wah dulu juga benar-benar teringin untuk melihat semangat jihad akhie sewaktu berjuang menengakkan agama_NYA…kembali la akhie sebelum roh keluar dari jasad….” Dia terus memeluk Muhammad, tidak menyangka sahabatnya itu benar-benar ikhlas berkawan dan setia dengannya saat sahabat-sahabat lain pergi meninggalkannya.

Ingatlah, sebuah persahabatan sejati memerlukan pengorbanan dan kesetiaan serta kepercayaan yang tidak bebelah bagi..... :)

I’m sorry… Kahwin oh Kahwin...

Ak sumbat plak kali nih. Xabes2 nk mainkan prasaan saing2..idup ak mmg kejam tapi ketahuilah wahai member2ku bhw ak bergurau demikian kerna ak kesunyian..ku rasa bosan.. entah la, ak pun xphm gak dgn prasaan ak lening.. Mgkn kerna aktiviti sosial ak dgn saing2 sudah berkurangan. Masing2 mula sibuk dgn kerjaya dan kehidupan sdiri. Ak je yg maseh hanyut dgn dunia keseronokan..huhuhu Bila la ak nk insaf nih….

Maaf saing2 sbb kenyataan yg ak post di wall facebook tu (berkenaan majlis ak tunang dan nikoh tu), hnylah gurauan smata-mata..Cube tgk balik, tarikh ak royak (bri tahu) tu jatuh ari gape????heee. Bulan NOVEMBER mane ade tarikh 31…bln FEBRUARI pun same,……sowy…huhuhu..


Kahwin????

Haa..ak rasa ak plg lmbt skali antara saing2 ak. Kalu terlalu ak gatal atau gelenya nok nikoh pun, paling awal thn 2012 kot..sbb ak nak focus kerja dan kluarga dlu. Tmbhn, mak ayh ak dah pesan, klu blh biar lepas mrk gi haji dulu (jgkaan, insyaallah hujung thn 2011 blh gi)…tmbhn, ak maseh ade adik bgsu yg maseh sekolah lg.. Betul gak..huhuhu.

Sbnrnye ade hikmah gak bla aktiviti ak dgn saing2 nih smkn krg, sbb hub ak dgn kluarge smkn akrab.huhu. klu dulu, masa keseronokan ak byk abes dgn saing2…blk rmh lewat mlm..tiap ujung mggu kuar dgn saing2.. Tapi lening, mase ak byk abes bersama kluarga..tiap2 mggu msti ad aktiviti dgn kluarge. Ari tu ak skeluarga pi Gambang Water Park, mggu dpn skali lg nk pi Rantau pnjang plak..huhu.mmg fit jadual mggu ak lening..haaaa.

Bercinta???

hee..xperlu lg kot....sbb, bile ak bercinta, ak cepat mabuk..huhu. kdg2 cinta ni membuatkn ak hanyut dgn dunia angan2.klu blh, cinta y ak bina 6ti adlh cinta yg blh membntk sbuah perkahwinan....so, bgku lbh baek ak bkwn dlu seramai mane ak blh bkwn..kerna, ak pcaya cinta itu lahir dr hub pershbtn..huhuhu.


Ape pun, member dan kluarge ak sume penting dlm kehidupan ak…. :)

Dari ISLAM, ku temui keindahan… dr SOLAT, ku temui kdamaian.. dr AL-QURAN, ku temui kbenaran… dr HADIS, ku temui pedoman… dr QIAMULLAI, ku temui kekuatan… dr DHUHA, ku temui pengorbanan.. dr DOAku temui keinsyafan…..

Syukran…. Take Care… Senyum Sokmo… Peach……

APRILFOOL oh APRILFOOL!!!!

Salam... Ak tpengaruh lg dgn maenan AprilFool,wlaupun ak thu sjrh Gilernye.. Jd, kpd shbt2ku yg terkena Gurauan Keterlaluan tuh, ak btl2 mntk maaf kay...sbb ak xjangka,responnye d luar pmikiranku.. Ak thu, awk2 mu mmg syg ak,begitu jg dgn ak... We Friend 4ever kay... :)

Sume terjadi ktika time ak nk blk kg dr besut.tgh drive..huhu.tibe2 ak trime msj yg mgatakan gadis comel pjbtku tlh meninggl.tkejut gak mule2nye,tp ak smpt prasan yg msj dia atar tu juz gurauan..hee.silap ari bln,terlanggar pokok tepi jln mlm tu..huhu.

Tibe2 tlintas di pikiran ak tuk forward msj tu ke member2 tp nme bdk 2 ak tkr k name ak..(nk tgk la skit respon saing2 yg rapat dgn ak..heee). Bermulalah kisah ak atar msj aprilfool 2 k saing2 ak yg berkenaan..

Msj nye lbh krg bunyi gini (xbrape igt..hehe).....
"Kpd mrk yg mengenali Mohd Soufwan.. Ini kakaknye... slps mmbaca msj ini diharapkan byk2 bersabar..krn Soufwan telahpun meninggalkan kite semua pada jam 7.30 saknih.. Marilah kita bersama2 berdoa atas pemergiannya meninggalkan kita dan bumi tercinta ini dirahmati olehNYA.. Tolong sebarkan kpd mereka yg mengenalinye dan halalkan makan minum dan kesalahan yg pernah dilakukannya.. (lepas ayt ni, lbh krg 8 baris kosong).. smbg: Semoga beliau selamat meninggalkan dunia ini dan sampai ke Angkasa.. Tahniah kpdnye krn akan menjadi Angkasawan ke 2 negara... Hepy APRILFOOL...hehe"

Lepas atar msj tu, lbh krg 15mnt ak dpt pelbgai msj feedback dr mmber2ku y berbunyi "jahat!, Kejam!, Arggggg!!, Kecoh rmh ak!, Bazir air mata ak je!, nsb baek xsakit jntg! Maenan Giler!, Kakak ak belari terkejut!, Kalu ak mati tkejut, ak suruh polis igat mu!bla2..last skali, Smoga arwah dicucuri rahmat...."ade yg tlepon dgn nada tersekat2..heheee.. Ak tersenyum sdiri mlm tu..mmg diluar jgkaan ak mlm tu..ak hnya mmpu hantar feedback blk dgn ayt ketawa shj..hahaa..

Tibe2 tel ak bnyi skali lg...tepat jam 2.00am... Rupenye shbt baek ak dr klate..ak pggil dia Tok Guru sbb dia plg kuat beragama dlm rmai2 saing2 ak..dia beri nsht dkt ak...ak terpaku seketika..ak bru mula sdr yg ak telah tertipu dgn maenan yahudi mlalui Aprilfool...wlaupun ak sdh lama thu... Btl kata TokGuru, gurauan itu ad hadnye dlm Islam...

Ak mula mnyesl perbuatan ak tuh..ak msj kmbali member2ku.. Ribuan kemaafan kupohn dr mrk.. Esokkannye, xsgka rupanye sdh satu kg kecoh..huhuhu. Rupenye ak bru thu, member2 ak mmg sgt syg pada ak...bgitu jua dgn ak... Smoga kite kawan slamanye... :)

Siapakah Pengganas????

BEBERAPA peristiwa yang berlaku sepanjang lalu yg membabitkan jenayah yang meragut nyawa membawa kepada pelbagai pihak mempertikaikan maksud pengganas. Ini kerana, walaupun jenayah yang dilakukan amat serius, namun ia tidak disifatkan sebagai sesuatu yang dilakukan oleh pengganas.
Fenomena tersebut mengundang kenyataan keras oleh Pengarah Majlis Perhubungan Islam-Amerika Syarikat (AS), Nihad Awab di Washington, baru-baru ini.
“Pendirian banyak pihak dan organisasi menjurus kepada kesimpulan bahawa tiada perlakuan boleh dilabel sebagai kegiatan pengganas melainkan ia dilakukan oleh orang Islam,” kata Nihad.

Berikut adalah beberapa peristiwa yang boleh dijadikan renungan dalam kita meneliti kebenaran kata-kata Nihad.

PERISTIWA 1
Pada 20 Januari lalu seorang komander Hamas dibunuh di hotel penginapannya di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan pihak polis negara tersebut menyatakan mereka mempunyai bukti mengaitkan agensi perisikan Israel, Mossad terlibat dalam pembunuhan tersebut.
UAE juga mendedahkan pasport yang digunakan oleh berpuluh orang yang terlibat dalam pembunuhan itu yang kebanyakannya menetap di Israel.
Pasport individu yang dikatakan tidak mempunyai kaitan dalam kes berkenaan disalahgunakan oleh ejen-ejen Mossad.
Negara-negara Eropah yang pasport warganya disalahgunakan melenting dengan tindakan itu dan ada antara mereka memanggil duta Israel untuk memberi penjelasan.
Nanum, tiada satupun yang melabel Mossad sebagai sebuah pertubuhan pengganas antarabangsa.
Hanya Britain bertindak mengusir duta Israel yang dikatakan ketua Mossad di negara tersebut. Itu pun berkemungkinan didorong faktor Britain adalah penyebab utama kesengsaraan rakyat Palestin yang tidak berkesudahan sejak berpuluh tahun lalu.
Bagaimana agaknya reaksi pemimpin Eropah jika seorang komander Israel dibunuh dengan cara yang sama? Mungkinkah pelbagai pertubuhan militan dan individu Islam akan terus dituduh sebagai pengganas yang melakukan perbuatan kejam itu?
Tanpa bukti-bukti kukuh pelbagai andaian akan dibuat yang kemudiannya akan diterima sebagai fakta bahawa jenayah tersebut dilakukan oleh pengganas Islam.

PERISTIWA 2
Pada 21 Februari lalu seorang juruterbang, Joseph Stack dengan sengaja melanggar bangunan yang menempatkan sebuah pejabat Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) di Austin, Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan pesawatnya.
Tindakan kamikaze itu menyebabkan dua orang mati, 13 lagi cedera dan bangunan tujuh tingkat itu mengalami kemusnahan besar akibat terbakar walaupun pesawat terlibat hanyalah sebuah pesawat kecil.
Stack dikatakan bertindak demikian kerana marah dengan dasar percukaian AS. Tiada aspek lain yang diperkatakan menjadi punca tindakannya itu.
Dalam beberapa jam sahaja selepas kejadian tersebut yang telah menyebabkan ramai warga AS menyingkap semula serangan 11 September 2001, pihak berkuasa tempatan dan Persekutuan serta White House berkata, ia bukan tindakan pengganas.
Satu kenyataan panjang lebar yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS juga berkata, tidak ada sebab untuk mempercayai berlakunya aktiviti pengganas.
Bagaimana jika orang yang melakukan perbuatan tersebut bukan Stack sebalik seorang Islam pasti lain ceritanya.
Siasatan panjang lebar akan dibuat hinggalah sesuatu yang mungkin mengaitkannya dengan keganasan ditemui hatta walau sekadar melayari laman web mana-mana kumpulan militan.

PERISTIWA 3
Pada 4 Mac lalu pula, seorang lelaki, John Patrick Bedell yang lengkap bersenjata melepaskan tembakan yang mencederakan dua pagawai polis di pintu masuk bangunan Jabatan Pertahanan AS yang merupakan sebahagian daripada Pentagon.
Dalam serangan balas serta merta oleh pihak polis, Bedell ditembak di kepala dan mati sejurus kemudian.
Laporan media menyebut, sistem pengawasan video menunjukkan Bedell ada bertemu dan bercakap dengan seorang lelaki berhampiran pintu masuk berkenaan sebelum melepaskan tembakan.
Bagaimanapun, pada hari berikutnya, Ketua Agensi Pasukan Penjaga Pentagon, Richard Keevill menegaskan bahawa siasatan pihaknya mendapati Bedell tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengganas domestik atau antarabangsa.
Tembak Pentagon pun bukan pengganas? Sekali lagi, renungkan jika ia bukan dilakukan oleh Bedell tetapi seorang Islam. Tidak perlu diperkatakan apa-apa, berkemungkinan besar siasatan akan menjurus kepada kesimpulan bahawa penembak berkenaan merupakan pengganas yang sudah lama diburu.
Lelaki yang ditemuinya sejurus sebelum melepaskan tembakan akan turut disiasat hingga ke lubang cacing dan kita semua boleh menjangkakan hasil siasatan jika lelaki itu juga seorang Islam.

Akta Patriot AS mendefinisikan keganasan sebagai ‘perbuatan jenayah yang bertujuan memaksa atau mengancam orang awam untuk mempengaruhi dasar atau menjejaskan tindakan kerajaan melalui pembunuhan atau penculikan.’
Bukankah semua perbuatan di atas selaras dengan akta ini? Sesungguhnya satu deninisi tepat menggenai pengganas amat diperlukan kerana banyak pihak memutar belit pelbagai perkara demi kepentingan diri dan organisasi masing-masing.
Seperti yang dikatakan oleh Nihad, kebanyakan pihak berpendirian tiada perlakuan boleh dilabel sebagai kegiatan pengganas melainkan ia dilakukan oleh orang Islam.
Pihak-pihak yang sentiasa menuduh setiap perbuatan jenayah orang Islam sebagai kegiatan pengganas yang pasti dikaitkan dengan pertubuhan-pertubuhan yang mereka label sbagai kumpulan pengganas perlu berfikir semula tanggapan mereka.
Terdapat ramai orang Islam yang mengambil tindakan tertentu atas dasar tidak bepuas hati, membalas dendam dan sebagainya. Mereka bukan pengganas mahupun anggota mana-mana pertubuhan haram jika cara beberapa peristiwa di atas diambil kira dalam membuat kesimpulan siapa dikategorikan sebagai pengganas.

SAAT MENILAI CINTA

APAKAH progres perhubungan cinta anda tahun lalu?

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan/percintaan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan. Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Blog Friends Starz

Arkib berita hot!!!

Who am I

Memori Perkahwinan Sahabat

> Majlis Perkahwinan Faizal Ismail di Batu 6 (27 & 28 Mei 2011)

> Majlis Perkahwinan Amalina (Alin) di Kg. Sg. Tong (02/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Aisyah Jusoh di Kg. Telaga Batin, Kuala Trg (3/6/2011) vs Azuar di Kg. Chalok Kedai (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Zamhemrah (Zam) di Kg. Sungai Tong (4/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Bibah di Kg. Seri Kenangan, Pelong (4/6/2011) vs Alias (Liah Ting. 6) di Kg. Pak Kancil (6/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Hasnoriana Hashim (Ina Darjah 6) di Lorong Haji Wan Latif, Jerteh (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Siti (Darjah 6) di Taman sri Intan, Kg. Sg. Tong (7/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Tengku Insani (Pokku UTM) di Kg. Jeliar Base Camp,Jeli Klantan (09 JUN 2011)

> Majlis Perkahwinan Raihan Baharin(El 5si) di Kg. Gong Manok, Besut (09 JUN 2011)

visitor