.

Jom jadi Member Pokwe

Antara Keimanan, Dosa dan Nilai Sebuah Persahabatan

“orang yang hatinya bercahaya akan terpancarlah hikmah di lidahnya dan hikmah ini akan jatuh ke hati orang lain”


Suatu masa dulu, dirinya sering dicari oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Kreadibilitynya dalam kepimpinan juga menyemarakkan semangat jihad dalam jiwa sahabat seperjuangan tidak mampu ditandingi oleh orang lain. Kerna kebolehan dan anugerah ilahi itulah, dirinya sering dilantik untuk memimpin jemaah juga pengerusi dan ketua dalam sesuatu program.

Namun, entah mengapa. Sejak dia mula jatuh cinta dengan seorang perempuan, seolah-olah semua itu semakin pudar. Apa yang dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian perempuan tersebut. Hal ini terus berlaku tanpa disedari oleh sahabat seperjuangannya sehinggalah dia semakin hanyut dengan dunia cintanya.
Sehinggalah suatu ketika dia ditangkap sedang berkhalwat dengan kekasihnya tika berdua-duaan di dalam kereta di tempat parking kereta belakang supermarket.

Dirinya dikecam hebat oleh sahabat seperjuangannya. Berbagai kata-kata kurang enak didengari dihamburkan kepadanya seolah-olah dia itu penjenayah yang bakal dihukum gantung sampai mati.
Dan akhirnya, dia membuat keputusan untuk meletak jawatan yang diamanahkan kapadanya. Dalam hatinya berkata,“buat apa aku duduk dalam jemaah nie lagi kalau semua tidak beri peluang kepada aku untuk berubah dan menebus kesilapan lalu”. Ada sahabat seperjuangannya setuju dengan tindakannya kerna dia ibarat membawa fitnah kepada Islam. Namun, jauh di sudut hati seorang sahabat seperjuangannya ini iaitu Muhammad, tidak setuju.

Lama kelamaan, namanya tidak lagi disebut dan dirinya tidak lagi dicari oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Sejak dia mula meletak jawatan, kelibat bayang-bayangnya pun tidak terlihat dimana-mana majlis ilmu apatah lagi di Masjid dan surau.

Tetapi, Muhammad tetap setia dengannya. Selalu bertanya khabarnya, belanjanya makan dan tidak jemu-jemu mengajaknya untuk kembali ke jalan kebenaran seperti dulu. Tapi sayangnya, sedikit pun tidak dilayan olehnya.
Hatinya pernah terdetik untuk turut serta menerima ajakan Muhammad ke Masjid dan majlis-majlis ilmu tapi dirinya tidak sanggup untuk mendengar lagi sindiran kata yang bakal diterimanya seperti saat kegelapan itu. Dirinya terus hanyut dengan perhiasan duniawi.

Suatu hari tika sedang mengulang kaji dengan Muhammad, dia bertanya kepada sahabatnya itu. “Muhammad, kau tak jemu kawan dengan aku nie? Aku kan dah tak sama macam dulu…kau tu baik, aku nie jahat…”
Muhammad memandang sahabatnya dengan senyuman ikhlas seraya berkata,“akhie, akhie ini bukan sahaja sahabat ana tapi juga saudara seIslam ana. hatta akhie berzina sekali pun, ana tetap akan berkawan dengan akhie. Biarlah akhie layan ana dengan teruk sekali pun, ana tetap akan terima akhie sebagai sahabat ana dunia dan akhirat. Sejak dari dulu hingga kini, nilai persahabatan dan persaudaraan nie tak pernah luntur walau sedikit pun”

Muhammad pegang tangannya, “ana tidak sanggup untuk lihat akhie terus hanyut, tidak sanggup untuk melihat akhie terus menerus berbuat maksiat kepada Allah s.w.t….sekiranya akhie masuk neraka, ana akan terjun ke dalam neraka untuk tarik akhie keluar dari neraka dan sekiranya ana masuk syurga, ana nak kita masuk bersama”
Manik-manik jernih mengalir di pipinya saat mendengar bicara ikhlas Muhammad. “ana bersahabat dengan akhie ikhlas kerna Allah s.w.t. dan bukan kerna kehebatan akhie atau kekurangan akhie. Kerna itu, tidak ada sesuatu pun yang mampu memutuskan persahabatan nie”. Sambung Muhammad lagi.

“Akhie, ana benar-benar teringin untuk mendengar lagi mutiara tarbiyah dari mulut akhie sewaktu kita sama-sama dalam perjuangan da’wah dulu juga benar-benar teringin untuk melihat semangat jihad akhie sewaktu berjuang menengakkan agama_NYA…kembali la akhie sebelum roh keluar dari jasad….” Dia terus memeluk Muhammad, tidak menyangka sahabatnya itu benar-benar ikhlas berkawan dan setia dengannya saat sahabat-sahabat lain pergi meninggalkannya.

Ingatlah, sebuah persahabatan sejati memerlukan pengorbanan dan kesetiaan serta kepercayaan yang tidak bebelah bagi..... :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blog Friends Starz

Arkib berita hot!!!

Who am I

Memori Perkahwinan Sahabat

> Majlis Perkahwinan Faizal Ismail di Batu 6 (27 & 28 Mei 2011)

> Majlis Perkahwinan Amalina (Alin) di Kg. Sg. Tong (02/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Aisyah Jusoh di Kg. Telaga Batin, Kuala Trg (3/6/2011) vs Azuar di Kg. Chalok Kedai (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Zamhemrah (Zam) di Kg. Sungai Tong (4/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Bibah di Kg. Seri Kenangan, Pelong (4/6/2011) vs Alias (Liah Ting. 6) di Kg. Pak Kancil (6/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Hasnoriana Hashim (Ina Darjah 6) di Lorong Haji Wan Latif, Jerteh (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Siti (Darjah 6) di Taman sri Intan, Kg. Sg. Tong (7/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Tengku Insani (Pokku UTM) di Kg. Jeliar Base Camp,Jeli Klantan (09 JUN 2011)

> Majlis Perkahwinan Raihan Baharin(El 5si) di Kg. Gong Manok, Besut (09 JUN 2011)

visitor