.

Jom jadi Member Pokwe

Khatam Al-Quran Pada Usia Muda


KEMAMPUAN kanak-kanak khatam al-Quran pada usia muda mencabar golongan dewasa terutama yang masih belum sekalipun khatam kitab suci teragung itu.

MELENTUR buluh biarlah daripada rebungnya. Begitulah perumpamaan yang perlu diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak bagi memulakan langkah kehidupan mereka di dunia ini.

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan cahaya mata yang soleh dan solehah yang dapat menjaga mereka apabila sudah tua dan mampu mendoakan apabila sudah tiada.

Hakikatnya, ia terletak di tangan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan dan menentukan masa depan anak-anak sama ada baik atau buruk.

Jika baik acuannya maka baiklah peribadi anak tersebut. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan di atas fitrah (suci), maka ibu bapanya yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi. (riwayat Muslim)

Oleh itu, salah satu pendekatan berkesan dalam mendidik anak-anak adalah melalui pendedahan ilmu agama dan al-Quran sejak mereka kecil.

Ia merupakan langkah terbaik dalam memastikan generasi muda tersebut dapat menjadikan al-Quran dan ilmu agama sebagai panduan hidup.

Sekurang-kurangnya ilmu agama mampu menjadi asas pengetahuan untuk anak-anak membezakan perkara yang baik atau buruk. Seterusnya, melindungi mereka daripada terjebak dengan persekitaran gejala sosial yang semakin berleluasa masa ini.

Seorang tokoh yang merupakan ulama terkemuka dunia Islam, Abu Abdullah Muhammad ibn Idris atau lebih dikenali sebagai Imam As-Syafie harus dijadikan contoh terbaik oleh setiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Seawal usia tujuh tahun beliau telah menghafal al-Quran dan pada usia 10 tahun Imam As-Syafie menghafal kitab hadis Al-Muwatha karangan Imam Malik. Semasa berusia 15 tahun beliau telah mampu memberi fatwa.

SUMBER: Arkid Utusan Malaysia

DPLI ambilan JULAI 2011

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) kini dibuka kepada semua pelajar Lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berkelayakkan.


SYARAT AM

- Warganegara Malaysia
- Berumur xlebih drp 35 tahun pada 28 Jun 2011
- Memiliki Ijazah yang diiktiraf oleh JPA (Nak semak- http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp )


SYARAT AKADEMIK

- Lulus dalam Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat keputusan PNGK sekurang2nya 2.75 dan keatas DAN...

- Lulus Peperiksaan SPM dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) @ Kepujian dalam BM Kertas Julai DAN...

- Lulus Mata Pelajaran MATEMATIK dalam SPM @ Lulus dalam MATEMATIK Kertas Julai, DAN....

- Lulus ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI), DAN...

- Lulus dalam TEMUDUGA....


SYARAT KHAS PROGRAM

- Pemohon mesti mematuhi syarat khas program yang ditetapkan sepertimana maklumat yang dipaparkan dlm e-Panduan Permohonan Kemasukkan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my/

- Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan kursus yang dipilih akan diberi keutamaan.


CARA PERMOHONAN

- Pemohon perlu membeli no pin di mana2 cawangan BSN dengan harga RM20.60. Slip pembayaran dan no pin perlu disimpan sebagai rujukan.

- Permohonan perlu dibuat secara online di https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/allstpm/index_dp.html

- Pemohon WAJIB mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN yang sudah diisi/dikemaskini secara online dan kemudian dihantar bersama-sama salinan dokumen yang disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya 18 MAC 2011.

* Antara Dokumen Yang Perlu Dihantar
> MAKLUMAT PEMOHON (yang dicetak slps pengisian online)
> SALINAN KAD PENGENALAN/ MY KAD
> SALINAN SIJIL KELAHIRAN
> SALINAN SIJIL KELAHIRAN IBU BAPA (Bagi calon UITM shj)
> SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH
> SALINAN KEPUTUSAN SPM (TERMASUK KERTAS JULAI, jk berkaitan)
> SALINAN TRANSKRIP IJAZAH

* Sila klik disini untuk mengetahui alamat2 Universiti yang dipilih bagi menghantar dokumen2 permohonan tersebut.


UJIAN MEdSI dan TEMU DUGA

- Hanya pemohon yang memenuhi SYARAT AM DAN SYARAT KHAS PROGRAM shj akan dipanggil menduduki Ujian MEdSI pada 30 APRIL 2011 dan TEMUDUGA pada 18 MEI hingga 25 MEI 2011.

- Panggilan ujian MEdSI boleh disemak pada 22 APRIL 2011 melalui laman web http://www.mpm.edu.my/

- Semakan panggilan TEMUDUGA pada 13 MEI 2011 di laman web http://upu.mohe.gov.my/




AL-FATIHAH......

Salam....

Pada 16 Feb 2011 Jam 10.00 mlm, ak sekeluarga menerima pggilan drp waris dr klantan yg m'beritahu bhw tok sdara ak sakit lg. Ak igt, skt mcm sblm ni... Kebetulan semua persiapan utk memulakan perniagaan esok hari telah siap. Tambahan, ak keje pg esok. Jd, ak skeluarga planning nk prg ptg skit.

Dalam keadaan lena ak tidur, tiba2 ak dikejutkan dgn brita tok sdara ak dah meninggal dunia.. Astaghfirullah....dan, ak mngucap pnjg.. ak lihat jam 5.10 pg.Ak skeluarga terus bersiap utk balik klantan.. Dlm masa sama, ak terus msj bos tmpt keje nk mntk cuti.. xsmpai 5 mnt, bos ak bls msj bg kebenaran..

Kita merancang, TUHAN yang menentukan... Entah dr mane silap, kul 8.00 pg baru kami bertolak. tp nasib baek kami smpt smpai sblm jenazah dibawa ke kubur.. ak smpat mengiringi jenazah arwah ke liang lahat sehingga slamat dikebumikan...

Yang Hidup Pasti Akan Pergi........... Semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan mendapat tempat digolongan org yang mulia disisiNYA..aminn...

Ak harap, sahabat semua dapat sedekahkan bacaan Al-Fatihah kpd arwah...
Al_Fatihah............

Blog Friends Starz

Arkib berita hot!!!

Who am I

Memori Perkahwinan Sahabat

> Majlis Perkahwinan Faizal Ismail di Batu 6 (27 & 28 Mei 2011)

> Majlis Perkahwinan Amalina (Alin) di Kg. Sg. Tong (02/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Aisyah Jusoh di Kg. Telaga Batin, Kuala Trg (3/6/2011) vs Azuar di Kg. Chalok Kedai (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Zamhemrah (Zam) di Kg. Sungai Tong (4/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Bibah di Kg. Seri Kenangan, Pelong (4/6/2011) vs Alias (Liah Ting. 6) di Kg. Pak Kancil (6/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Hasnoriana Hashim (Ina Darjah 6) di Lorong Haji Wan Latif, Jerteh (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Siti (Darjah 6) di Taman sri Intan, Kg. Sg. Tong (7/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Tengku Insani (Pokku UTM) di Kg. Jeliar Base Camp,Jeli Klantan (09 JUN 2011)

> Majlis Perkahwinan Raihan Baharin(El 5si) di Kg. Gong Manok, Besut (09 JUN 2011)

visitor