.

Jom jadi Member Pokwe

PERMOHONAN KPLI DAN J-QAF (Ambilan 2011)

IKLAN PERMOHONAN


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG).


TAWARAN KURSUS(KPLI-SR)



1. Sekolah Kebangsaan (SK).

> Prasekolah

> Bahasa Tamil

> Bahasa Inggeris

> Bahasa Cina




KETERANGAN PROGRAM



Nama Program :KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa

Tempoh Pengajian:1(Satu) Tahun

Mod Kursus:Sepenuh Masa



Nama Program:KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah

Tempoh Pengajian:1(Satu) Tahun Dan 6(Enam) Bulan

Mod Kursus :Latihan Perguruan Berasakan Sekolah (LPBS)




SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS


* Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

* Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

* Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir pada atau selepas 31 Januari 1976.

* Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.

* Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

* Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan

* Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

* Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).




SYARAT TAMBAHAN

> Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.

> Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum

> Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi keutamaan.

> Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKC, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Cina di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan;
Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKT, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Tamil di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .

> Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.





CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON


> Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

> calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti(KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah(LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

> Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

> Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

>
Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.





TARIKH PERMOHONAN : BERMULA 11 OKTOBER 2010
NO. PIN : BOLEH DIBELI DI BSN (RM6.00)
BORANG PERMOHONAN : Klik Di sini


Semoga Berjaya semua... peace..... :)

Blog Friends Starz

Arkib berita hot!!!

Who am I

Memori Perkahwinan Sahabat

> Majlis Perkahwinan Faizal Ismail di Batu 6 (27 & 28 Mei 2011)

> Majlis Perkahwinan Amalina (Alin) di Kg. Sg. Tong (02/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Aisyah Jusoh di Kg. Telaga Batin, Kuala Trg (3/6/2011) vs Azuar di Kg. Chalok Kedai (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Zamhemrah (Zam) di Kg. Sungai Tong (4/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Bibah di Kg. Seri Kenangan, Pelong (4/6/2011) vs Alias (Liah Ting. 6) di Kg. Pak Kancil (6/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Hasnoriana Hashim (Ina Darjah 6) di Lorong Haji Wan Latif, Jerteh (5/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Siti (Darjah 6) di Taman sri Intan, Kg. Sg. Tong (7/6/2011)

> Majlis Perkahwinan Tengku Insani (Pokku UTM) di Kg. Jeliar Base Camp,Jeli Klantan (09 JUN 2011)

> Majlis Perkahwinan Raihan Baharin(El 5si) di Kg. Gong Manok, Besut (09 JUN 2011)

visitor